Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
#Entri 52
Sedar tak sedar sudah sebulan lebih saya tak update blog. Rasa-rasanya ada lagi tak yang sudi singgah ke blog saya untuk membaca coretan saya. Assalamualaikum selamat pagi sahabat hebat semoga anda sentiasa berada dalam lindunganNya selalu dan dilimpahi rezeki yang berkah. Beberapa hari ini hujan turun dengan meriahnya. Hari ini pun hujan turun lagi seawal 2 pagi dan masih belum tetapi tidaklah selebat awal tadi. Masa saya menulis blog ini pukul 5 pagi jadi bermakna hujan sudah turun selama 3 jam. Saya yakin parit-parit, longkang-longkang dipenuhi air dan jika berlarutan banjir kilat akan berlaku. Almaklum biasanya bulan 12 memang musim hujan kan sebab itu sekarang ini semua jadual peperiksaan yang penting telah diawalkan supaya para pelajar yang menduduki peperiksaan tidak terlibat dalam banjir yang akan mengganggu konsentrasi mereka.
Saya ada terbaca tentang cuaca pada bulan Disember ini yang mana Negara kita masih berada dalam fasa Monsun Timur Laut yang merupakan musim hujan
utama Negara kita. Di Semenanjung Malaysia, pada bulan Disember ini, keadaan
cuaca yang lembap dijangkakan di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang serta timur
Johor. Bagi negeri
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak dijangkakan akan menerima sedikit
penambahan jumlah hujan berbanding normal sementara kawasan-kawasan lain dijangkakan menerima hujan pada paras normal.
Bagi negeri Sarawak pula, pada bulan Disember 2016 dijangkakan seluruh kawasan
akan menerima hujan pada paras normal kecuali kawasan Kapit dan Belaga
dijangkakan akan menerima sedikit pengurangan hujan.
Bagi negeri Sabah, kebanyakan kawasan dijangka menerima curahan hujan pada
paras normal sepanjang tempoh tinjauan Disember 2016 sehingga Mei 2017 kecuali
kawasan pantai barat dan Kudat dijangka akan menerima sedikit penambahan
jumlah hujan pada bulan Januari dan Februari 2017.
Hujan yang kita sedia maklum selain menyebabkan masalah kerosakan harta benda yang teruk, masalah lain yang mungkin lebih membinasakan tetapi dipandang ringan adalah isu kesihatan. Banjir adalah punca utama pelbagai penyakit bawaan air seperti demam kepialu, Hepatitis A, leptospirosis kerana mangsa terdedah dengan air yang tercemar. Penyakit-penyakit ini tidak boleh dipandang mudah kerana ia boleh membawa maut jika lambat di rawat. Simptom-simptom yang biasa hadir ialah muntah-muntah dan cirit-birit. Oleh itu elakkan makanan dan minuman yang tercemar serta mengutamakan penjagaan kebersihan yang betul.
Pastikan anak-anak tidak bermain dalam hujan dan yang penting awasi pergerakan anak-anak kita sebagai langkah keselamatan. Juga sentiasa dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda seperti sistem amaran banjir dan lokasi pusat pemindahan, Sentiasa memeriksa dan membersihkan semua lubang air samada longkang atau saluran perparitan dan yang penting pastikan seluruh ahli keluarga mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan.
Jumpa saya di entri seterusnya.
No comments:
Post a Comment