Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
# Entri 50
Assalamualaikum pembaca blog semua. Hari ini saya hendak berkongsi tentang pengalaman hari ini. Hari ini saya duti petang, masuk pukul 2 petang dan balik pada pukul 9 malam. Hari ini jabatan sangat sibuk, zon merah penuh dengan pesakit, begitu juga dengan zon kuning. Mula masuk kerja sudah berlari-lari kuruskan badan, nak cepat itu yang terpaksa berlari untuk mengambil keperluan pesakit.
Dalam ramai-ramai pesakit itu, ada terselit seorang kanak-kanak yang mengalami keadaan yang sedang viral diperkatakan sekarang ini iaitu jangkitan difteria. Saya punyalah terkejut, ingatkan penyakit ini tidak menular di kawasan saya, rupanya ada juga. Begitu lama penyakit ini terkawal akhirnya merebak juga, yang menakutkan sebab penyakit ini kadang kala tidak ada simptom pada pengidap. Dan apabila simptom telah keluar, adalah terlalu lewat sudah.
Oleh kerana penyakit ini sedang viral sekarang, maka masyarakat perlu tahu apakah penyakit ini sebenarnya. Difteria ialah sejenis penyakit yang berpunca dari serangan bakteria. Ia boleh tersebar melalui selsema dan batuk si pengidap. Serangan beermula pada salur pernafasan iaitu hidung dan tekak. Sejenis toksin akan dihasilkan apabila pesakit dijangkiti bakteria ini, dan ianya akan menyebabkan kegagalan hati dan organ lain termasuk otak.
Faktor risiko penyebab jangkitan ini ialah apabila kebersihan kurang dititikberatkan, kawasan yang sesak degan orang ramai dan anak-anak yang tidak mengambil imunisasi. Oleh itu para ibu dan bapa perlu mengetahui simptom jangkitan dan faktor risiko penyebab jangkitan ini dan membawa anak segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Simptom itu termasuk demam, sakit tekak, sukar menelan makanan, air liur yang meleleh, batuk, hidung berdarah, selesema, kulit pucat dan kebiruan, sesak nafas dan ruam kulit.
Adalah lebih baik jika anak anda dilindungi oleh vaksin imunisasi sewaktu anak dilahirkan dan sehingga anak mencapai umur 2 tahun. Kata pepatah mengatakan lebih baik mencegah daripada mengubati dan sayangilah anak anda. Sentiasa mengamalkan kebersihan diri kerana ini adalah amalan dalam setiap agama. Penjagaan kebersihan sangat penting untuk mengurangkan jangkitan penyakit. Oleh kerana jangkitan ini sedang merebak maka elkkan membawa anak ke tempat yang ramai orang, amalkan menutup mulut bila batuk dan bersin, dan untuk persediaan rapi lebih elok memakai penutup mulut bila berada di kawasan yang ramai orang. Semoga jangkitan ini segera hilang dan semoga kita semua dijauhkan dari penyakit yang merbahaya ini. Amin..
No comments:
Post a Comment