JURNAL SEORANG MISI

4 Feb 2017

LANGKAH AWAL DETOKSIFIKASI


Image result for detoksifikasi




Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#Entri

Pagi tadi terbaca satu artikel dekat facebook berkaitan dengan detoksifikasi hasil perkongsian seorang doktor.  Beberapa hari sebelum itu saya juga memang sibuk mencari info berkaitan detoksifikasi. Sifu saya pun juga ada berkongsi melalui you tube juga tentang detoksifikasi.

Saya juga ada berkongsi tentang detoksifikasi dalam entri sebelum ini.  Detoksifikasi ialah pembuangan bahan toksin dalam badan, bukan tertumpu kepada usus sahaja tetapi merangkumi keseluruhan badan. Kenapa saya tertumpu kepada detoksifikasi sejak akhir-akhir ini?

Bagi saya detoksifikasi ini sangat penting kerana tanpa melakukan detoksifikasi segala toksin-toksin tersimpan dalam badan.  Kita mengambil toksin ini secara tidak sengaja melalui aktiviti dan gaya hidup yang kurang sihat.  Jika detoksifikasi tidak dilakukan toksin yang terkumpul dalam badan menjadi punca segala penyakit untuk tuan punya badan itu sendiri dan akhirnya timbullah pelbagai penyakit seperti berat badan meningkat, kolesterol, tekanan darah tinggi, kencing manis, kanser dan macam-macam lagi.

Sebelum kita membayangkan detoksifikasi yang bakal dilakukan untuk membuang toksin degil yang menjadi punca penyakit dan berat badan meningkat, ada baiknya kita memikirkan cara mengurangkan pengumpulan toksin setiap hari.

Sebenarnya pencegahan lebih penting untuk mencegah kerosakan berterusan.  Toksin ini boleh merosakkan dalaman kita, punca pelbagai penyakit.  Kenapa perlu pencegahan?  Tiada gunanya toksin dibuang jika puncanya tidak disekat.  Jika pencegahan tidak dilakukan proses mencipta toksin berlaku setiap hari dan semakin meningkat.

Oleh itu ia perlu selaras, pencegahan dan pembuangan.  Seseorang perlu mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, tidak kira di luar atau di dalam rumah.  Selain itu perlu memilih makanan setiap hari sebelum dimakan aeperti makanan ringan, makanan segera, makanan berlemak dan berminyak.  Mengamalkan meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari.  Selebihnya kita perlu buat detoksifikasi bagi membuang toksin-toksin yang sudah lama terpendam dalam tubuh kita. Melakukan dtoksifikasi bukan tertumpu kepada usus sahaja tetapi juga kepada seluruh badan termasuk hati kita.

Manfaat detoksifikasi kepada tubuh kita
1.Membersihkan toksin seluruh badan seperti hati, usus, ginjal, pembuluh darah, paru-paru dan sistem limfatik.
2.  Boleh menjadi awt muda kerana semua sel-sel yang mati dibuang dan digantikan dengan sel-sel baru.
3.  Boleh membuatkan berat badan menurun kerana lemak-lemak dibakar dan toksin-toksin dikeluarkan.
4.  Meningkatkan daya tahan tubuh dan menghilangkan penyakit sebab penyakit berpunca dari toksin yang terkumpul.


Semoga perkongsian ilmu yang sedikit ini memberi impak yang besar buat kita semua. Akhir sekali jom detoks badan.











30 Jan 2017

Pemeriksaan Sendiri Payudara



Image result for pemeriksaan sendiri payudara


Teks  :  Rosnia Dahlan
Foto  :  Carian Google

#Entri 99







Masyarakat umum sedia maklum tentang bahaya kanser payudara.  Ada sesetengah penyakit kita langsung tidak dapat mengesannya sehinggakan ianya sudah berada pada tahap yang merbahayakan barulah ianya dikesan. Jadi, pastinya kita tidak mahu ianya berlaku kepada diri kita mahupun orang yang disayangi.

Kanser payudara boleh dicegah jika ia dapat di kesan diperingkat awal dan kanser jenis ini yang paling mudah dikesan.  Pemeriksaan secara tetap membolehkan seseorang mengesan kanser payudara pada peringkat awal di mana rawatan adalah lebih berkesan. Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) merupakan pemeriksaan yang dilakukan sendiri oleh individu wanita untuk mengesan awal kanser payudara.  

         Pemeriksaan ini telah diajar diperingkat sekolah dan juga di klinik-klinik kesihatan untuk mewujudkan kesedaran pentingnya mengesan awal penyakit ini. Pemeriksaan ini dilakukan setiap bulan iaitu diantara hari ke tujuh hingga ke sepuluh selepas haid. Jika tempoh haid adalah iregular atau telahpun mencapai menopous, PSP ini dilakukan pada tarikh yang telah ditetapkan setiap bulan.


           PSP hanya sesuai dilakukan bagi wanita yang telah datang haid.  Bagi ibu hamil dan ibu menyusu adalah tidak sesuai untuk melakukan PSP kerana pembengkakan payu dara dikesan akibat pengumpulan air susu.  Untuk pemeriksaan secara mamogram pulak, kaedah ini hanya sesuai bagi wanita yang berumur 40 tahun keatas.



Gambar di atas adalah panduan bagaimana pemeriksaan sendiri payudara dilakukan. Ketahuilah bahawa pencegahan itu adalah lebih baik dari mengubati. Semoga kita diberi kesihatan yang baik.

 


JURNAL SEORANG MISI . Designed by MaiGraphicDesign