Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
#Entri
Pagi tadi terbaca satu artikel dekat facebook berkaitan dengan detoksifikasi hasil perkongsian seorang doktor. Beberapa hari sebelum itu saya juga memang sibuk mencari info berkaitan detoksifikasi. Sifu saya pun juga ada berkongsi melalui you tube juga tentang detoksifikasi.
Saya juga ada berkongsi tentang detoksifikasi dalam entri sebelum ini. Detoksifikasi ialah pembuangan bahan toksin dalam badan, bukan tertumpu kepada usus sahaja tetapi merangkumi keseluruhan badan. Kenapa saya tertumpu kepada detoksifikasi sejak akhir-akhir ini?
Bagi saya detoksifikasi ini sangat penting kerana tanpa melakukan detoksifikasi segala toksin-toksin tersimpan dalam badan. Kita mengambil toksin ini secara tidak sengaja melalui aktiviti dan gaya hidup yang kurang sihat. Jika detoksifikasi tidak dilakukan toksin yang terkumpul dalam badan menjadi punca segala penyakit untuk tuan punya badan itu sendiri dan akhirnya timbullah pelbagai penyakit seperti berat badan meningkat, kolesterol, tekanan darah tinggi, kencing manis, kanser dan macam-macam lagi.
Sebelum kita membayangkan detoksifikasi yang bakal dilakukan untuk membuang toksin degil yang menjadi punca penyakit dan berat badan meningkat, ada baiknya kita memikirkan cara mengurangkan pengumpulan toksin setiap hari.
Sebenarnya pencegahan lebih penting untuk mencegah kerosakan berterusan. Toksin ini boleh merosakkan dalaman kita, punca pelbagai penyakit. Kenapa perlu pencegahan? Tiada gunanya toksin dibuang jika puncanya tidak disekat. Jika pencegahan tidak dilakukan proses mencipta toksin berlaku setiap hari dan semakin meningkat.
Oleh itu ia perlu selaras, pencegahan dan pembuangan. Seseorang perlu mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, tidak kira di luar atau di dalam rumah. Selain itu perlu memilih makanan setiap hari sebelum dimakan aeperti makanan ringan, makanan segera, makanan berlemak dan berminyak. Mengamalkan meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari. Selebihnya kita perlu buat detoksifikasi bagi membuang toksin-toksin yang sudah lama terpendam dalam tubuh kita. Melakukan dtoksifikasi bukan tertumpu kepada usus sahaja tetapi juga kepada seluruh badan termasuk hati kita.
Manfaat detoksifikasi kepada tubuh kita
1.Membersihkan toksin seluruh badan seperti hati, usus, ginjal, pembuluh darah, paru-paru dan sistem limfatik.
2. Boleh menjadi awt muda kerana semua sel-sel yang mati dibuang dan digantikan dengan sel-sel baru.
3. Boleh membuatkan berat badan menurun kerana lemak-lemak dibakar dan toksin-toksin dikeluarkan.
4. Meningkatkan daya tahan tubuh dan menghilangkan penyakit sebab penyakit berpunca dari toksin yang terkumpul.
Semoga perkongsian ilmu yang sedikit ini memberi impak yang besar buat kita semua. Akhir sekali jom detoks badan.