Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google
# Entri 51
Assalamualaikum dan selamat pagi pembaca blog saya. Terima kasih kerana anda selalu singgah ke blog saya untuk mencari pelbagai informasi. Doakan saya untuk terus istiqomah dalam menulis dan berkongsi kepada anda pelbagai maklumat yang diperlukan.
Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda pengalaman saya dalam mencari elmu dan menambah pengetahuan yang sememangnya zero berkaitan dengan bisnes. Siapa diantara anda yang pernah mengikuti program Dr. Azizan Osman (DAO), pakar dalam bidang usahawan. Hebat ke hebat program beliau? Saya juga pernah ingin mengikuti seminar Najib Assadok tetapi tidak kesampaian atas masalah yang tidak dapat dielakkan. Menurut rakan-rakan tidak kurang hebat juga Encik Najib ini. Saya juga cuba untuk mencari elmu dalam fesbuk, dari perkongsian orang-orang hebat dalam bisnes, Terasa diri ini serba kekurangan bila orang-orang hebat berkongsi pengalaman mereka dalam bisnes. Tertanya-tanya dalam diri boleh ke jadi macam mereka ini, bagaimana saya nak mula, apa yang saya nak kongsi kepada orang ramai diluar sana, bagaimana saya nak menambah nilai hidup mereka.
Ramai pembaca yang singgah dalam blog saya juga bukan calang-calang orang, ramai yang hebat dalam dunia perniagaan masing-masing, ataupun mempunyai kelebihan yang tersendiri. Apapun yang diceburi saya doakan semoga apa yang kita ingin capai itu beroleh juga akhirnya. Kata orang jangan pernah berhenti untuk mencari ilmu kerana yang membezakan seseorang dengan yang lain adalah ilmu.
Kita perlu menyibukkan diri dengan kegiatan yang bermanfaat iaitu memberi nilai tambah, baik dari segi ilmu, kesehatan, kebijaksanaan, kemampuan dan memanfaatkan potensi diri. Allah memberi kita rezeki untuk dimanfaatkan. Tubuh yang sehat, otak yang bisa berpikir harusnya membuat kita menyedari bahwa apa yang kita lakukan setiap hari harusnya semakin mendekatkan kita pada cita-cita kita.
- Sebelum melakukan suatu perbuatan, tanyakan dulu apakah ini bermanfaat, memberi nilai tambah atau semakin mendekatkan kita pada cita-cita?
- Sebelum berbicara pikirkanlah apakah kata-kata itu bermakna dan lebih bermanfaat dibanding diam.
- Sebelum bergaul dengan seseorang tanyakan dulu apakah pergaulan ini memberi manfaat bagi kita? Jika kebanyakan hanya memberi impak negatif , seharusnya kita mencari teman yang lebih baik
- Saat melakukan pekerjaan tanyakan pada diri apakah pekerjaan ini memberi manfaat atau menyusahkan orang lain. Hal ini terkait dengan hasil usaha /rezeki yang diperoleh dari pekerjaan itu. Pekerjaan yang menyusahkan orang lain akan menghasilkan rezeki yang tidak berkah.
- Saat beroleh rezeki apakah dipakai untuk sedekah, tabungan amal yang abadi, atau hanya dipakai untuk berseronok?
Dengan sentiasa berhati-hati dalam menjalani hidup, Inn Shaa Allah hidup kita tidak akan
terpesong jauh sentiasa dalam lindungannya.